azuan

|
azuan

raya dah x macam dulo-dulo

|


dramas bulan puasa

|
operasi penembakan di melaka hampir selesai, agak-agak dalam hitungan aku 26hb ni boleh habis. kemudian operasi denggi di kuala kangsar bermula 1st ogos, dekat dengan kampung, dekat di hati family. selamat tinggal

dah azan

|
time buka puasa memang berbeza, time sahur lagi la berbeza..sahur subuh tadi aku sempat hisap rokok dengan minum air mineral serta milo panas saja..time buka puasa..macam-macam ada..gadis-gadis yang seksi pun ramai jugak..cish kurang pahala puasa ku hari ni.

maaf mak tak dapat join buka puasa sama-sama..28 ni alang balik kampung, lepas ni alang jaga mak dengan adik-adik..

semoga tenang disana..Al-fatihah..


TQ

|
Tq kepada yang baca blog ni..haha..
selamat berpuasa...

berat hati

|
...
maaf kepada yang membaca, susah sebenarnya nak cakap tentang kehidupan aku. kadang kala ok, kadang-kadang terlebih ok..tapi disebalik riak wajah aku selalu mengambarkan suasana yang ok saja.


soal kerja
depa selalu sangat down kn aku di saat aku menerima kesalahan, aku manusia biasa jugak, biar la aku berjalan serta berlari ke sana sini. masih ramai yang dekat luar sana depa patut berikan peluang. dulu masa aku mula-mula kerja, sorang bos pun tak pandang aku. tak kenal pun siapa azuan, tapi sekarang.....
tapi bagus jugak..terasa femes..sebab depa semua kenal aku, cara kerja aku, khidmat aku yang tak seberapa ni. bukan bermakna aku bagus, ramai lagi yang bagus kat luar sana, cuma pilih saja.


aku mudah berkerja bila time kerja, mungkin tidak bagi yang lain, sibuk ber fb...tak salah nak ber fb..tp kena la dengan gaya nya..hiburan kn...

kisah cinta..

|
sudah lama aku.

sibuk tak bermakna aku lupakan dia..
sibuk tak bermakna aku tak cintakan dia..
sibuk tak bermakna aku lupa nak tulis entry cinta pasal dia..

cuma aku simpan dalam-dalam, agar ianya tidak keluar, supaya aku akan sentiasa ingat dia, agar sentiasa aku rindukan dia.

mungkin rasa hati tidak sama dengan hati rasa, namun aku tetap cintakan dia walau jarak antara aku dengan dia  bagai jauh disana, tapi cinta itu mesti ada kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan yang datang dari nun jauh dalam hati.

lama-lama akan bosan juga bukan, disebabkan perangai si penulis yang tak ambil kisah tentang cinta.
bagi si penulis cinta itu ada dalam hati tapi keadaan yang memungkinkan situasi yang berlainan terjadi.

penulis memang penyabar orangnya.

p/s : untuk si gadis lee...i love u so much..
note : nak letak jantung si penulis dalam entry ni..tapi kena bedah plak..hahaha..

waktu kerja.

|
kadang-kadang aku terfikir apa akan jadi

Aku sedar satu perkara yang sedang merebak dalam diri aku sekarang ini. Mulanya aku sedar, tapi aku abaikan. Lama - lama, ia semakin teruk dan tidak boleh lagi dilepas pandangkan.

Aku semakin kurang bercakap. Atau semakin menjadi pendiam. Aku lebih minat membiarkan semuanya di dalam kepala. Aku tak boleh bercakap dan berfikir dalam satu masa.

Jika aku bercakap, aku susah berfikir. Bila aku berfikir, aku susah bercakap. Aku perhatikan, ramai orang yang mampu bercakap dan berfikir dalam satu masa. Tetapi aku tidak. Aku tak dapat jadi itu.
Berfikir maksud aku, dengan berat. Aku lebih tidak memilih untuk bercakap. Eh, entahlah. Tapi aku bercakap jugak.

Berhari, berminggu, berbulan, bertahun. Berpuluh - puluh tahun.

Kita masih hidup menjadi kita. Tidak berubah. Yang berubah hanya sekeliling. Orang - orang. Mungkin. Atau alam. Mungkin. Atau alam orang, mungkin. Atau orang alam. Juga mungkin.

Memungkinkan.

Di sekeliling berubah - ubah menulis, melukis sejarah. Menjadi sejarah. Yang terdustakan. Tapi mampu didustai. Atau mungkin sejarah sedang mengubah kita? Atau mungkin juga, aku yang sedang menulis ini sedang diubah oleh sejarah aku?

Dimungkinkan.

Mungkin benar, aku atau Aku yang menggerakkan jemari menekan papan kekunci ini sedang hidup di dalam kehidupan yang telah diubah oleh sejarah atau aku sedang mengubah sejarah?

Bingai. Tak temu jawapan.

p/s : Aku masih tidak sama seperti dulu-dulu..mungkin sudah berumur agaknya.

baru sejuk malam-malam..

|
malam ni hujan sekitar KL & Selangor, kalau tiap-tiap malam macam ni bagus bukan..??tiap-tiap malam ialah malam jumaat. itu bagi yang dh kawen..bagi yg bujang-bujang macam aku ni..peluk bantal pun dh kira ok..macam peluk bini jugak..hahaha..

apa sudah jadi dgn azuan..???

masih macam dulu-dulu..azuan bersama suzanne lee....wah.........nikmat bukan rasa cinta...??

|
senyum tak perlu kata apa-apa...

waktu tadika dulu.

|
baru sahaja post....

tapi............................

mood: ingat masa dulu-dulu...

tentang dia

|

senyum tak perlu kata apa-apa...

1.1.2012

|

Jumaat

Hari jumaat

Solat jumaat (masjid Al-Huda sg Ara)


Khutbah jumaat
Cakap pasal khutbah jumaat bagi pemahaman aku sebagai manusia, tajuk untuk khutbah ialah tentang lidah. Bukan sup lidah ya..tapi tentang lidah manusia. Dalam segi kata lain ialah percakapan.

Aku ringkaskan sahaja
“Umar Bin Al-Khattab ditegur oleh seorang pemabuk(seorang pemabuk yang terkenal terhadap tabiat mabuknya). Lalu para sahabat berkata kepada Umar Bin Al-Khattab, wahai amirul mukminin kenapa amirul mukminin mendengar kata-kata pemabuk itu?? Lalu Umar pun berkata dia memang seorang pemabuk tetapi tegurannya memberi maafaat.”

Dan

Kenapa kita sebagai manusia bila ditegur oleh rakan-rakan atau sebaliknya yang sembahyang nya tidak cukup (dari segi kata lain yang kurang amalnya). Kita tidak mahu mendengar. Kita hanya mendengar teguran apabila seseorang yang tinggi ilmunya atau tinggi jawatannya sahaja. Manusia sekarang mana mahu di tegur bukan…???

contoh

seorang remaja menegur atau memberi nasihat kepada orang tua

seorang pemilik sijil SPM memberi nasihat kepada seorang pemilik segulung ijazah

haish.................

Aku bukan pandai sangat soal-soal keagamaan tapi bagi aku ini adalah pelajaran untuk hari jumaat.

Sekian..

angin tengah malam

|

Hari itu aku melepak makan di McD kat seberang jaya. Ala..dekat dengan politeknik tu.  Ada sekumpulan budak-budak sekolah melepak sebelah meja. Budak Melayu. Islam. Sambil aku menelan 2-3 bijik prosperity burger dengan perasaan yang membuai-buai, aku terdengar perbualan mereka.

"Matahari selalu terbit dari mana hah? Aku lupa la" budak pendek rambut kaler-kaler taik itik berkata-kata.

"
Apa punya soalan la hang ni. Terbit dari Barat la doh. Kalau Timur dah kiamat la!" budak rambut K-Pop menjawab sambil makan kentang goreng.

Dan semua budak-budak lain menggangguk saja dan menerima.

Dan aku apa lagi…
“Sorang-sorang aku humban kat tengah jalan depan McD tu. Biar mati kena langgar lori babi.

Keras-keras manapun hang, cuba sekali-sekala rilek-rilek muhasabah diri. Kita belum tentu panjang umur. Ajal maut di tangan Allah SWT. Ada sesetengah manusia yang BERHASAD DENGKI, BONGKAK, SOMBONG, LUPA DIRI, PEMALAS dan BERLAGAK BAGUS yang tak sudah tu semoga mereka diberi petunjuk ke jalan yang benar. Sebelum terlewat. Bertaubatlah kamu sebelum hari terakhir yang bila-bila masa akan tiba.

Nak senang..senang lagi..

Bersekutu dengan syaitan tak kemana pun(maksudnya ikut perangai syaitan la..). Kejahatan mereka sebenarnya kita telah ketahui sebelum terjadi peristiwa itu, tapi kita tetap berpegang teguh dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan. Kita tidak terlintas langsung untuk membalas dengan cara syaitan. Kita berserah pada Allah SWT. Terlepas di dunia hanya untuk sementara. Akhirat nanti lain cerita. Hanya Allah SWT yang tahu. Semoga kita semua dilindungi dari syaitan laknaktullah dan manusia seangkatannya.

Mati itu pasti, Hidup itu insyaAllah...

sudah

|
masih lagi tiada apa....sedih atau apa....

jangan jadi seperti ombak, kerna ombak selalu pukul pantai..

|
rasa malam sudah berganjak ke subuh agaknya. tapi aku masih belum mahu tidur. mungkin belum lagi rasa nak mimpi. Azrul marwan serta syahril amri sudah mimpi agaknya. mungkin mimpi bermandi-manda bersama gadis-gadis di pulau pinang ni. cish gatai punya budak....

esok rasanya berjumpa lagi. bukan berjumpa gadis-gadis tapi berjumpa..........

*rozi
*ameng
*wong
*ah hoe
*rooney (bukan nama sebenar)
*haslam

boring......................................

asyik jumpa depa saja....mana awek iras-iras tiz zaqyah, siti saleha, scha al yahya..aku mahu kan awek iras-iras depa..baru bangga sikit mak dengan abah aku kat kampung nanti..hahaha...

cinta punya cinta...tapi tak kawen-kawen jugak...APE CER?????

*note
malaysia dah menang....indonesia....apa lagi...nangis puas-puas...sebab bongkak..padan.....


sila jangan baca......dan jangan tengok 18sx

wajah baru selepas wajah lama....

drama lagi

|
masih..
masih seperti dulu. tiada apa yang patut di gambarkan mahupun di pertonton-kan. waktu berlalu pergi seperti hari siang menanti malam. cepat bukan??

aku hanya menanti sesuatu yang akan pasti. tapi bila gamaknya. masih tercari-cari. buntu atau tidak bukan itu yang dimaksudkan. tapi persoalan pasti ada jawapannya. cepat serta lambat sahaja yang di peruntukan.

masih tiada gadis disamping ataupun di sisi........

mood : sedih+blur..

bila....

|
Bila aku sudah tiada..

simpan semuanya....

iqa che lan..

|
bangun dari tidur, aku termangu. sekali lagi wajahnya hadir dalam lena. tidak tahu apa yang harus aku rasa. di sebelah kanan aku rasa gembira, di sebelah kiri aku rasa berdosa. apa yang pasti, aku tahu dia hadir di dalam mimpi kerana aku tidak dapat buang rasa rindu padanya. aku diam sendirian di atas katil. fikiran melayang entah ke mana.
.
.
.
aku tarik nafas dalam-dalam..
.
.
.
aku hembus bersama keluh..
.
.
.
aku pujuk hati aku. mimpi itu mainan tidur. di luar batas kawalan aku. mainan minda bawah sedar. janaan memori dalam fikiran. aku cuba yakinkan diri aku yang aku tidak berdosa. bukan aku pilih untuk mimpikan sesiapa..bukan orang lain..aku hanya mimpikan dia..

entahlah, aku tidak pasti sama ada ini juga dosa, atau mungkin juga bentuk bantuan dari-Nya untuk meringankan rindu di dalam hati. mungkin.. aku tidak tahu. apa yang aku tahu, hanya di dalam mimpi, aku boleh ringankan beban rindu yang bersarang. biarpun cuma seketika.

sejujurnya, di sebalik rasa bersalah ini,
aku bersyukur untuk mimpi ini..

siapa cakap tak sayang...??

|


babak pertama

|

dari dahulu lagi aku sememangnya hanyalah watak sampingan. watak sampingan dalam cerita yang telah sedia tertulis. bukan sengaja aku pilih watak ini. ini pilihan Pengarah cerita di atas sana, segalanya sudah ditetapkan untuk aku dalam cerita ini. dan aku sebagai pemain wayang akur akan pilihan watak ini.


watak sampingan. watak yang menyokong watak utama dalam penceritaan. aku akan terus membawa watak ini, asalkan aku dapat melihat sinaran indah sang matahari, asalkan dapat ku usir awan mendung pembawa hujan lebat yang menghalang cahayanya ke bumi, aku akan terus menjadi watak sampingan.


biarlah aku tersorok di sebalik watak utama, biarlah aku hilang dalam kelam malam, aku tak peduli. aku akan terus membawa watak ini. sampai bila-bila.. aku sanggup. apa sahaja asalkan sang matahari terus bersinar.


apa sahaja.

gadis..

|
malam ni aku mahu petik gitar, tapi susah pulak sebab lama dah tinggal..

song : gadisku dalam koma by the times.( habis la lagu ni aku bedal......)

impian bersama ika..

|

Tahun 2011 dah start dah. Sempena 2011 ni aku akan membeli rumah banglo 5 tingkat siap swimming pool atas bumbung, kereta Hummer sebijik parking depan padang golf perbadi, sebijik kereta ferrari buat pi market, sebijik jet peribadi 2 pintu 16 tingkap buat balik kampung makan nasik tengah hari, bercuti ke Eropah selama 1 bulan, bermain salji di negara yang ada salji, membela harimau serta ikan paus, dan yang paling penting untuk tahun 2011 ni adalah mempunyai seorang isteri yang solehah dan bertanggungjawab serta tahap pengeluaran anak-anak yang tinggi. cian kat nursyafiqah..


Aku akan buat kenduri kalau salah satu impian tersebut tercapai. Anda boleh mai makan-makan.


Situasi hidup tahun 2010.


1. Rambut cacak.
2. Raya Cina tak dapat angpau.
3. Genap 1 tahun tanpa makwe.
4. Berumur 24 tahun.
5. Genap 6 bulan bekerja di company baru.
6. Berat badan masih 50kg.
7. Berat badan tak turun lagi.
8. Jatuh cinta.
9. Bertunang dalam tidur.
10.Banyak berdating.
11.Mula pikir pasal kawen.
12.Kursus kawen tak ambik lagi.

sudah bermula

|
"i'm always love for you" ....selalu aku katakan begini padanya dahulu. tak pernah sekali aku mungkir perkataan ini walau dipinggir, dibuang, dicari, dipinggir, dibuang selamanya, dan dicari semula. tak pernah sekali aku mungkir..cuma..


kini segalanya berbeza, tak mungkin sama seperti dahulu. aku telah hilang seluruh nyawaku. percayalah, jika boleh, aku mahu terus kekal menjadi lelaki yang sentiasa ada untuknya, yang sentiasa ada di waktu hibanya, yang sentiasa mengembalikan tawanya. jauh di sudut hati aku, aku mahu terus menjadi bahunya. namun aku telan semua itu mentah-mentah dan aku sorokkan di ruang hati paling dalam.


dan kini aku masih ada ruang untuk itu. aku tinggalkan semua yang lalu, sebab sekarang aku ada nursyafiqah bt nadzilan. terima kasih



*wah entry cinta....




pujaan...

|
pertama :-

kisah ini berlaku waktu aku bertapak di kuala lumpur. waktu itu aku masih ingat jam menandakan waktu 3.45 am. perut terasa lapar sangat sambil dahaga rokok dunhill yang amat sangat. so aku apa lagi meliarkan mata benak aku mencari kedai makan. pusing punya pusing sesat sampai kat kg baru. orang cakap nasik lemak kg baru sedap..so aku nak test la kot-kot nasik lemak situ lagi sedap dari nasik lemak kat kg aku. aku mencekik macam pengantin, dengan ayu dan bersopan.

sedang aku mencekik, datang sorang mat rempit agaknya, aku tak pasti. dia parking betul-betul sebelah meja aku makan, dan dia terus order makanan, aku terpaku melihat beliau, kenapa??
sebab beliau hanya order nasik putih beserta kuah kari dan air suam, aku melihat bait-bait beliau, sungguh selera sekali. dalam hati serta akal aku terfikir.......

kedua :-

Waktu itu baru lepas solat jumaat kat masjid damansara damai, lepas sahaja imam habis baca doa, aku apa lagi dengan berhati-hati bangun serta beredar. semasa aku di parkir kereta ada seorang nenek yang sangat tua, sambil menghulurkan saku untuk minta sedekah, aku dengan tidak sengaja berlalu pergi tanpa memberikan apa-apa kepada beliau. aku dengan rasa tidak bersalah berlalu pergi...

Dan secara tidak sengaja aku terpikir "kenapa aku tak bagi je duit tadi...kalau aku bagi apa salahnya..bukannya banyak..tak luak pun duit aku..aku boleh jadi kaya ke kalau aku hilang hanya rm1" sambil airmata mengalir deras, sederas itu aku memecut untuk pergi ke pekarangan masjid. dan mata aku meliar mencari, mana??mana??aku menangis lagi tetapi di dalam kereta bukan di luar kereta. aku terfikir lagi...

ketiga :-

waktu aku berkemas-kemas mahu pulang ke rumah, aku terlihat seorang jejaka berkulit hitam manis di stesen BHP petrol, apa yang menarik untuk aku beritahu, beliau sedang makan maggi cup betul-betul di belakang toilet, sungguh selera beliau menjamu selera, aku dengan hati tertanya-tanya melihat gelagat beliau.

Beliau makan sambil mata meliar melihat sekeliling, setelah selesai makan aku melihat beliau memasukkan air paip kedalam cup serta goncang-goncang sedikit dan terus masukkan kedalam mulut, beliau mengangkat cup melihat kot-kot ada lagi sisa-sisa maggi yang tinggal.aku terfikir lagi...

tolong ingatkan aku.

|
waktu terlalu cepat berlalu. namun aku masih disini. tiada cerita yang baik-baik mahupun cerita sedih. apa sudah jadi dengan azuan???

hilang punca......

something beautiful is not for me

|
aku terlihat foto pertunangannya secara tidak sengaja sebentar tadi.
dan aku.. aku..Ya Allah,
hanya Engkau sahaja yang memahami betapa hancur leburnya hatiku di saat ini Ya Allah..

Lagi 3 atau 4 hari semuanya akan berakhir. Mimpi yang ku kejar bertahun lamanya telah pasti bukan milikku.Aku redha. Aku akur dengan takdir Tuhan. Aku terima segala ketentuan yang telah ditetapkan. Qada dan qadar.

Aku tak pernah memaksa. Aku tahu paksaan tak wujud dalam perasaan. Aku tak minta banyak. Aku cuma inginkan kemesraan dulu sebelum segalanya berakhir.. Sebelum segalanya terhenti. Itu saja.

Jika atas alasan itu aku dipersalahkan, jika atas alasan itu aku dipinggir aku dihindar, tak apalah. Aku sedar diri ku siapa.

Dicari bila hiba,
dibuang bila suka.

"Mengejar bintang-bintang yang tak pasti"
bukan masa untuk aku mengeluh, bukan waktunya lagi

*nota
-aku perlu baca novel-novel cinta lagi (ilmu ngorat pempuan)

aku bimbang

|

gelisah tidak bermaya. dan ini bukan seperti yang kamu impikan.
aku bimbang.
mimpi tiada lagi berseri. dan ini bukan lagi yang kamu impikan.
aku bimbang.
rasa resah namun derita. dan ini yang kamu mahukan.
aku bimbang.
kuasa sementara sahaja. dan ini bukan lagi seperti yang kamu tanyakan.
aku bimbang.
ilmu selamanya. dan itu yang aku mahukan seperti mereka.
aku bimbang.
aku bimbang tiada cahaya yang aku terima.
aku bimbang aku jatuh.
aku bimbangkan segalanya.
aku bimbangkan semuanya

jika diberi ku satu peluang??

|
....................(tiada penulisan ketika ini..)

dramas kita

|

kuantiti yang sama tapi nilai yang berbeda..
pengalaman bukan datang daripada ijazah. bukan sekadar belajar hanya membaca buku.
cuba anda belajar mengenai kehidupan manusia.
anda mungkin rasa anda hebat "oh aku ada ijazah..mana layak dengan kamu.."
jangan menilai diri anda. orang sekeliling yang patut menilai bukan???

dramas kampung

|

Bulan ni adalah yang tersibuk. Bulan lepas pun aku rasa sama. Dua bulan lepas pun boleh tahan sibuk. Rasanya tiap-tiap bulan pun aku sibuk. Celaka. Tak dak beza pun.


Tapi bulan ni tiada masa untuk melepak dan memandang gadis-gadis seksi. Gadis-gadis seksi jugak tak sempat memandang manja pada aku yang tak seksi. Kawan-kawan ajak lepak, tapi tiada masa yang sesuai. Bukan sombong. Tapi ada beberapa perkara yang perlu aku uruskan sepanjang bulan ini. Bukan persiapan meminang anak gadis atau janda. Tidak. Bukan juga mengkhatankan budak-budak sekolah time cuti-cuti camni. Tidak sama sekali. Takpa la. korang jangan tanya-tanya. Tiada apa yang special pun.


Tapi minggu lepas sempat balik kampung. Sampai depan pintu. Salam cium tangan mak bapak. Itu tanda kasih sayang dan hormat. Berkat. Supaya kita sentiasa beringat pasal mak bapak kita. Budak-budak sekarang ni liat sangat nak cium tangan mak bapak. Benda basic. Malu depa kata. Mampuih kat hangpa. Sebab tu kurang rasa kasih sayang. Tu pasai beranak pun merata tempat lepas tu buang bersepah. Ikut perangai Yahudi mabuk minum todi. Yahudi ni mabuk ke dak sama saja perangai. Setan.


Lepas salam peluk mak aku. Rasa rindu nak jadi budak kecik. Dulu mak boleh dukung-dukung aku. Tapi itu 24 tahun lepas. Bukan sekarang. Apa gila nak dukung aku dengan berat 53kg. Masa balik raya cina itu hari,mak aku cakap tahun ni aku dah gemuk sikit. Patut la aku main futsal seminggu sekali dah macam nak putus nafas. Kayuh basikal pun rasa macam kayuh dari Johor ke Perlis nun. Punya penat. Baju saiz M dah tak muat. Tapi,masa peluk mak kelmarin, mak cakap:


"Hang dah gemuk la ni nooo.."
Tu dia!Nak kata apa lagi?


Tak payah dah aku nak beli produk doktor rambut sikat ke depan tu.

tetap juga.

|

dekat tanpa kudrat.
lumpuh dari jauh.

Serius ..

Pernah rasa macam tension tak tentu pasai?Ni aku nak habaq mai. La ni punya rasa memang macam celaka. Tapi tak celaka macam orang duk buang bayi kat merata tempat. Itu nama dia haram jadah. Otak udang. Perangai kalah setan.

Kadang-kadang rasa tension ni boleh membawa kepada fikiran yang tak stabil. Dalam hidup aku sepanjang 24 tahun ni, masalah utama yang boleh menggugat ketidakwarasan fikiran aku ialah duit. Tapi kali ini bukan duit. Ada perkara lain yang kadang-kadang kita tak dapat nak terangkan melalui perbuatan ataupun status di facebook. Benda ni tiada kaitan pun dengan sesiapa. Cuma perasaaan aku saja yang rasa benda ni. Faktor-faktor sampingan seperti kerja yang banyak dan masa untuk bersama kawan-kawan yang terhad mungkin memberi sedikit suntikan tekanan kepada aku.

Aku cuma harap minggu ini dapat fokus kepada tanggungjawab dan tidak terlalu memikirkan tentang perkara-perkara yang boleh menjejaskan tanggungjawab aku.

Nampak serius bukan?

Alaa...sekali sekala apa adahal.

photo dramas ep

|

abah oh abah

|
Cuti-cuti kat kampung. haha.. hari ni aku nak cerita sikit pasal abah aku. aku follow abah aku pi beli barang sikit masa kat kampung hari tu. Saja follow sebab dah bertahun aku tak follow abah aku keluar pekan. Kalau kat kampung, abah aku tak suka bawak kereta anak-anak dia. Lebih selesa bawak kereta dia. Sebab dia kata kereta aku dengan akak aku rim besar. Tah apa-apa punya fesyen dia kata. Pernah jugak dia suh aku tukar pakai rim keretapi. Tapi aku cakap aku tak mampu.

Masa zaman remaja, anak sulung dengan abah memang tak ngam sangat. Banyak ego. Tak mau mengalah. Kurang mesra orang kata. Memang selalu macam tu. Sama macam aku. Tapi bila dah besar-besar ni, dah kroje, kira abah aku pun dah tak kisah sangat sebab aku dah besar panjang. Ada otak. Dulu masa remaja, otak ada tapi tak pakai sangat. Tu yang jadi macam-macam perangai. Tapi sekarang dah kamcing macam member. Cuma kasih sayang antara anak lelaki sulung dengan abah tak tunjuk depan-depan, cover-cover jugak. Ego tu ada lagi. Kadang-kadang bersependapat, kekadang tak. Tapi lebih ke arah tidak.

Dalam kereta borak-borak pasal masalah negara, struktur ekonomi negara dan ilmu-ilmu akhirat serba sedikit sementara nak sampai pekan. Wah aku semakin matang rupanya. Tapi abah aku ni takkan tanya pasal aku punya awek atau aku punya plan nak kawen. Itu yang best.

Tapi yang tak berapa best ada jugak.

" abah, tak best ni..tukaq la"
"Jangan.."
"Alaaa..ni zaman lama punya"
"Abah kata jangan... abah suka yang ni"
"Sekali sekala tukaq selera sikit.."
"Tak payah.!"

Bernanah jugak telinga aku dengar radio "Klasik Nasional". Sekali sekala aku nak try join abah aku nyanyi tapi nanti dia cakap aku kasi rosak lagu pulak.

*kalau lah abah tolong support duit hantaran kan best!!!!

29 mac

|
aku pernah rasa kehilangan orang yang aku sayang, tapi hidup mesti di teruskan bukan??

kisah ini aku cuba ceritakan, aku memang susah nak cerita pasal perkara yang berkaitan dengan family. aku tak boleh nak cerita bukan sebab aku ego..tapi...

dulu aku bukan macam aku yang sekarang. hidup aku macam kapal yang berlayar tanpa layarnya, pergi tanpa hala tuju.

dulu aku amat benci dia. tak suka dia, sebab dia kongkong hidup aku. ambil berat pasal pelajaran aku. aku tahu aku bukan anak yang baik. disebabkan beliau tak ada anak, jadi dia anggap aku macam anak kandung dia sendiri. dia selalu doakan aku berjaya, dia selalu buat aku rasa selamat.

aku ingat lagi, saat aku di hospital.. beliau lah yang menjaga aku, beliau berkorban masa untuk aku. selama 4 bulan dihospital, dia lah yang menjaga aku.

namun Allah swt lebih sayangkan beliau.. dia meninggalkan kami semua. dia pergi dengan aku tak sempat nak minta ampun. nak minta maaf kepada beliau, sedangkan beliau banyak membantu aku, banyak mengajar aku erti kehidupan di luar sana.

aku masih ingat lagi kakak aku cakap di saat beliau menanti saat-saat terakhir, beliau menyebut nama aku, mencari aku, mungkin ada sesuatu yang beliau mahu katakan kepada aku. tapi aku tiada masa itu. ketika itu aku berada di kuantan.

"alang..mak uda accident..abah cakap accident ngan lori". berita itu buat aku terus balik dari kuantan ke taiping. dan sepanjang jalan air mata aku menitis. aku berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku. tapi...takdir..

dan.. aku sempat kucup dahi beliau. terasa sejuk.. tiada kata-kata yang mampu aku katakan ketika itu. aku belum sempat balas jasa beliau, itu yang buat aku sedih. aku pernah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada beliau. itu janji aku

tapi...menangis pun tak guna..
aku redha..

dan hari ini. cukup 5 tahun beliau tiada. aku rasa sunyi, kalau lah beliau masih ada sekarang.. mungkin hidup aku akan terurus sekarang. mungkin beliau bahagia sekarang dengan aku. kalau lah waktu boleh di undur balik. aku ingin kembali ke waktu itu.

Al-Fatihah..

*susah betul nak tahan air mata dari keluar

maaf

|
maaf kepada kawan-kawan. blog ini akan dihapuskan. dan akan bertukar ke tempat lain. harap maklum.

i feel so sad..

Diriku, anganku..mimpiku

|
Keserasian & kesefahaman penting bukan..??

Naluri seorang manusia. Nilai yang sama dalam keadaan yang berbeda. Keinginan untuk menjadi sesuatu yang berbeda. Susah bukan..??

Benar kata orang “mengejar mimpi yang tak pasti” gila mamat ni. Tak habis-habis dengan mimpi. Mimpi itu salah satu dari kehidupan manusia. Tidak lengkap tidur yang lena jikakalau tiada mimpi. Mimpi itu mainan tidur. Allah swt memberikan kita nikmat tidur yang sempurna bukan..??

Mimpi atau dengan kata lain impian, angan, keinginan dan kemahuan. Cuba anda tukar perkataan mimpi kepada impian. Banyak bukan maksud di dalamnya. Ramai orang tidak perasan atas kewujudan yang aku binakan selama ini.

Setiap manusia mesti ada impian masing-masing. Cuba anda tanya kepada pengemis sekalipun mesti beliau ada impian. Cuma nilai yang sama dalam keadaan yang berbeda.

Terlalu banyak impian aku selama ini. Tapi semua hanya impian bukan..?? yang belum betul-betul pasti tercapai dalam hidup aku. Aku bersyukur walaupun ianya berlaku. Aku dapat merasai nikmat yang diberi oleh –Nya. Dan setiap kejadian mungkin ada hikmah disebaliknya. Anda boleh menilai dimana yang betul dan dimana yang salah.

Hadiah itu akan disimpan. Bukan untuk di pamer mahupun untuk di jual. Bukan untuk di cela mahupun di bangga. Aku tidak terdaya lagi untuk melakukan apa-apa. Sebab kita manusia biasa bukan..??

alang balik kampung la minggu ni..mak bawak p pantai..alang boleh rehat..anak bujang mak kuat kan. Alang dah besar panjang. Lain la macam adik2 alang.. alang tak pernah menyusahkan mak abah. Dah2 p tidur. esok kroje kan..esok mak kejut pagi2. Selamat malam askum..”

ibu sendiri lebih dekat dengan anak. Terima kasih mak.

*sepanjang malam aku mendengar lagu warkah-bau. Baru feel beb…

rakan kerja

|
aku sedih bila kawan sendiri cakap aku macam "pengemis" aku tak pernah kacau orang, aku tak pernah ganggu suami orang, aku tak pernah ganggu isteri orang. aku tak pernah menilai seseorang dari segi rupa atau sebagainya. tapi kenapa kawan-kawan perlu menghina aku???

hina sangat ke aku ni???buruk sangat ke dari pandangan kawan-kawan??? sekurang-kurangnya aku tak minta-minta duit orang, aku tak megah-megah apa yang aku ada sekarang.

aku hidup dengan hidup aku sendiri, aku tak pernah minta apa-apa dari kawan-kawan aku. mahupun kawan lelaki atau kawan perempuan. aku sentiasa maafkan orang lain. tapi susah ke nak minta maaf. oh mungkin berlagak, ego, sombong.. yelah aku banyak kekurangan, aku belajar pun tak tinggi. jadi orang macam aku tak setaraf dengan anda bukan..??

oh memang.. anda seorang yang sempurna dari semua segi aspek bukan?? anda boleh benci atau hina orang, tapi ingat..anda tak tahu berapa ramai pula orang benci atau hina anda.
aku harap anda tahu siapa. (staff FRIM)

*dan sekarang aku nampak beliau sedang menaip surat berhenti kerja. tak tahan agaknya.

rambut tak kembang

|

tengok kampung

|

hari mendung

|

bersawang blog ni. haha.. Dah lama tak mencarut kat dalam ni. Maaf la aku terlalu sibOk dengan kerja, outstation.. Sampai rambut pun tak sempat potong. haha.. hari-hari kena marah dengan orang rumah a.k.a mis ziela. Dah puas di bebel. haha..

*ini bukan entry sedih ya.

mimpi dramas ep 1

|
memang.
aku kerja tak bagus.
belajar tak tinggi.
mana layak.
kan?
kan?
kan?
kan?

kadang-kadang orang yang pandai hanya pandai cakap saja..

damn!!

hari ni

|
hari yang paling mem-bosan-kan..hahaha..

uweeeekkk......

tengah bersalin anak ke-6

|
rindu beb kat staff-staff NAVI AND MAP SDN BHD...haha..

outstation ke-3

|

outstation ke-2

|

outstation

|


batu pahat

Akibat dari...???

|







Through My Window

|
Through My Window-Bunkface

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Selalu aku fikirkan

|
Selalu aku fikirkan. aku mahu jadi individu yang masih dengan kapasiti yang sama. Namun dengan intipati yang berbeza. Dan ianya adalah bahagian yang paling sukar buat aku..

semua orang sudah berlari namun aku masih berjalan.

Sibok!!

|

Sekarang aku sibuk. Maaf